Eksperimen Ubuntu
Assalamualaikum. Memang teruja tengok eksperimen bro Zul mengenai Ubuntu kat laptop dia. Dengki la jugak.. Maklumla pc kat rumah tu hanya menunggu masa masuk muzium. Ahaks! Ternyata Compiz Fusion lebih maju dari efek Vista.
Belajar Untuk Hidup, Bukan Hidup Untuk Belajar
Dicatat oleh
MakLaN
di
11:54 PM
0
ulasan
Pautan pada catatan ini
Assalamualaikum. Lama tak kemaskini blog. Biasalah. Tatkala minda tepu dengan pelbagai masalah sehinggakan kadang rutin biasa terpaksa diketepikan. Apapun aku nak sentuh beberapa topik yang bermain di ruang lingkup fikiran akhir-akhir ni.
TV3
Semua tahu TV3 dah tukar tagline mereka 'Inspirasi Hidupku'. Serentak itu terbitlah iklan korporat yang sering ditayangkan sebelum berita dan sebelum bermula sesuatu rancangan. Yang menjadi persoalan, kenapa ada scene beberapa orang perempuan tak cukup umur (?) menari-nari? Ada satu lagi yang scene yang kelihatan sebuah keluarga yang begitu gembira melihat anak perempuannya menari (baca: tergedik-gedik). Wah, kenapa begitu kontra sekali dengan konsep negara Islam yang sering dilaungkan pemimpin negara? Kenapa contoh tak sejajar dengan etika? Sepatutnya orang yang incharge dan bertanggung jawab tentang pembikinan iklan tu mengambil kira sensitiviti sekeliling.
Firefox 3
Mozilla secara rasmi telah release Firefox 3 pada 17 jun lalu. Mengikut release notes di laman rasminya, Firefox 3 ni telah melakukan 15,000 perubahan/penambahbaikan. Tapi jujurnya aku masih tak begitu selesa dengan FF3 ni. Tambahan pula ada addons seperti Tab Effect tak support lagi FF3. Entahlah, sebab aku guna versi portable. Yang penting Foxmarks dah compatible awal-awal. Tapi memang agak secure FF3 ni.
UPU
Seperti dijangka, aku tak dapat tempat di IPTA. Hohoh..
Dicatat oleh
MakLaN
di
4:58 PM
0
ulasan
Pautan pada catatan ini
Label: diari maklan, kemaskini
Ya Allah, tenangkanlah hatiku yang sedang bercelaru ini. Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku menghadapi dugaan ini. Ya Allah, maafkanlah aku. Aku tahu aku banyak berdosa kepadaMu. Dosa-dosa yang mungkin aku sempat tebus dan mungkin tidak sekiranya Engkau mengambil nyawaku tatkala ini. Berikanlah kesabaran kepadaku seperti sabarnya NabiMu Ibrahim A.S walaupun dibakar di atas api yang maha dahsyat.
Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu bapaku. Yang menjaga aku sedari aku berada di alam rahim ibuku. Sedari aku menghirup nafas pertama tatkala melangkah ke alam dunia. Yang menjaga makan pakaiku sedari aku tidak mengerti apa-apa lagi ketika itu. Yang menghantarku ke sekolah, yang memberikan aku ilmu dunia dan akhirat, yang menyusui, memanjaiku. Ya Allah, sesungguhnya jasa mereka kepadaku begitu banyak... Adakah aku dapat membalas jasa mereka itu Ya Allah?
Ya Allah, aku begitu merindui jalanMu. Jalan yang lurus lagi menyenangkan. Lapangkanlah hatiku. Permudahkanlah langkahku kepada jalanMu yang lurus itu. Aku takut Ya Allah, sekiranya aku tidak dapat melihat jalan itu. Dan aku takut terjerumus ke jalan yang salah, jalan yang sesat dan jalan yang engkau tidak redhai Ya Allah. Permudahkanlah aku menikmati semua itu Ya Allah. Sesungguhnya, aku hambaMu yang hina ini hanya mampu bermunajat, hanya sahaja Engkaulah yang mampu memperkenankannya. Amin.
Dicatat oleh
MakLaN
di
9:40 PM
0
ulasan
Pautan pada catatan ini
Label: diari maklan
Assalamualaikum.
Cakap Lain. Buat Lain. Adakah layak digelar munafik?
Alhamdulillah, aku dapat lanjutkan pelajaran peringkat HND in Business & Computing di Kolej Profesional MARA Seri Iskandar.
Kemaskini 5.33 pm
Apa sudah jadi? Takut? Seram? Sebelum tu?
Dicatat oleh
MakLaN
di
4:49 PM
0
ulasan
Pautan pada catatan ini
Label: diari maklan, isu semasa
Tema Direka oleh TemplatePanic: Free Blog Templates, disokong oleh Web Hosting (cc) 2007-2011 MakLaN